mereka yang hebat

Saturday, April 30, 2011

nasi lemak makanan larangan?



pertama sekali aku nak tanya korang semua.

siapa suka makan nasi lemak?
angkat tangan macam saya~
siapa masa kat sekolah kecik kecik dulu pernah makan nasi lemak kat sekolah?
angkat tangan macam saya~

korang pernah dengar tak isu nasi lemak tu makanan larangan kat sekolah? apa pendapat korang? hmm.. macam lame kan? oke fine. cuba korang fikir. dulu kita pun makan nasi lemak. bukan takat kat sekolah je. balik rumah pun ada je mak kita masakkan nasi lemak kan. sarapan hujung minggu pun nak cari nasi lemak jugak kan. dah sampai besar gajah ni pun bangun pagi pagi buta, celik mata je terpikir nak makan nasi lemak warung pak jabit (bukan nama sebenar) yang sedap dibungkus dalam daun pisang kan. tambah lagi kalau dapat makan panas panas. nyam nyam nyam sedapnya.

pada pendapat aku, nasi lemak ni sebenarnya tak salah pun kalau dijual di sekolah. sebabnya ialah, benda tu berasaskan nasi. dan nasi ni mengenyangkan. lagi pulak ada ikan bilis, kacang, sambal, timun, telur. pakej tu! oke what. daripada budak budak ni makan benda remeh yang entah apa apa kan. lebih baik la hangpa makan nasi lemak dik non oi.


kalau nak sebut pasal obes siti (pinjam daripada mr. legend), macam macam cara yang boleh membuatkan seseorang tu obes. memang aku kesian kat bebudak zaman sekarang ni. dan aku setuju dengan mr. legend. kalau makan sambil layan tv, laptop, pc, psp, mana la tak bertambah saiz tu. bebudak zaman sekarang, macam tak ada life. kalau dulu asal petang je keluar rumah pergi main dengan kawan kawan. kalau mak tak bagi, sanggup buat free show guling guling hentak kaki nangis nangis depan mak sampai mak bagi keluar. oke. ayat aku memang over. abaikan. tapi sekarang? duduk berjam jam sambil kunyah snek. ya. memang selamat punyalah anak tuan tuan dan puan puan. anak anak tak keluar rumah. takde orang nak culik. tapi yang makanan yang dikunyah tu, tak ke killing me softly namanya tu? apekebende pulak selamat kalau macam tu? social life kanak kanak pun tak dibina dengan baik. berkawan la dengan laptop, tv, pc, dan psp sampai ke tua. memang terbaik wok. *ayat sarkastik*

dulu dulu, zaman mak ayah tuk nenek kita pun makan nasi lemak kat sekolah jugak. takdenya obes. keding. slim. kelas kau maria je aku tengok. kolesterol? nasi lemak je ke yang ada kolesterol? cadangan aku, makan la nugget banyak banyak lagi kan. memang bagus untuk kesihatan. kan? *ayat sarkastik* ehem. kolesterol ni ada banyak cabang. pandai pandai la cara kita nak ambil makanan ikut kesesuaian. jangan kerana kanak kanak obes, salahkan nasi lemak pulak. waktu pembelajaran yang lama di dalam kelas menyebabkan wajar seseorang kanak kanak itu mengambil makanan berat sebab waktu belajar la kanak kanak secara automatik akan jadi cepat lapar sebab tenaga banyak digunakan dalam tempoh tu.

lepas ni peraturan yang aku dengar akan berkuatkuasa ialah nasi lemak hanya dijual seminggu sekali sahaja di sekolah. aku rasa, generasi akan datang, contohnya anak korang nanti, kalau cikgu nina tanya macam ni..

cikgu nina : anak anak murid cikgu yang dikasihi sekalian, pernah makan nasi lemak tak?

maka mungkin diorang akan jawab macam ni..

anak anak murid : nasi lemak tu apa, cikgu? sedap macam nugget tak?

*rolling eyes*

jangan sampai makanan ni jadi bahan tinggalan sejarah dalam arkib negara sudah..

Friday, April 29, 2011

years from now


currently in love with this song. thank you aizat. :)


What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much

Sometimes it’s scary over thinking
What you have or haven’t done
You think too much, you think too much

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry

Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on

What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy


Thursday, April 21, 2011

bye bye yi jeong




21.04.2011
lokasi : pagar besar, blok A.

F4 dah jadi F3..

*berkabung*

Tuesday, April 19, 2011

sarang-hamida


gempar. memang.. uh. aku pun tak tau la nak describe macam mana feeling aku ni. bercampur aduk. suka. sayang. geram. rasa nak picit picit. tapi tu la hakikatnya..

F4 KAT BLOK A!

argh. sumpah comel gila. dah la gebu gebu. geram je aku tengok. kalau dulu, masa F4 ni baru lagi kat blok kediaman ni, roommate aku yang rajin pegi dating berasmaradana dengan mereka mereka ni sampai aku naik jeles tengok. hari hari mau. tapi sekarang ni baru aku perasan. hensem jugak rupanya diorang ni. rugi betul tak dating hari hari dengan diorang dulu. ish!

selalu kalau siang, diorang mesti mencapap kat merata rata tempat kat blok A ni. mungkin mengajak siapa siapa yang sudi nak dating dengan diorang kot. yela. hot stuff kan. mesti la berebut yang nak. asal jumpa je nak picit picit. nak pegang. nak belai. yela. hot stuff kan. nasib baik penghuni blok A ni tak mintak autograph diorang. kalau la F4 bagi autograph, hmm, memang kelass kau maria la, you!

asal malam je, F4 mesti nak berlabuh satu geng kat walk of fame (pinjam phrase maria elena) kat blok A tu. mesti la. hot stuff kan. ehem. maksud aku, walk of fame tu yang hot stuff. memang panas kot malam malam kat situ. aku rasa, mesti diorang satu geng berbincang cara cara nak membuli geum jan di macam selalu selalu tu kot..

aku rasa aku dah jadi stalker terbaik kat malaysia pulak lepas aku kenal F4. mana taknya, balik sekolah, cari F4. balik kelas, cari F4. balik tandas pun cari F4 gak?! haish kronik dah aku ni. mimpi malam pun F4. sah la aku ni dah tahap stalker. huh. stalker kepada hot stuff. ehe. oke la tu, kan? yang diorang ni pun sampai dah kenal aku dah. dah tak kisah dah nak dating hari hari. *blush*

meh la aku tunjuk hero hero blok A ni. cakap banyak pun tak guna.. ehem.

dari kiri : wu bin. ji hoo. jun pyo. yi jeong.

comel gila, kan? so, jangan jeles. aku ada buah hati baru sekarang.
sekian.
terima kasih.

p/s : akibat tengok cerita korea banyak sangat..


Saturday, April 16, 2011

cikgu, saya tak bawa hadiah untuk cikgu..



15.04.2011
lokasi : studio seni, sekolah.

cikgu, saya tak bawa hadiah untuk cikgu..

dari perhimpunan pagi tadi dia ulang ayat yang sama setiap kali nampak aku. anak murid aku. tahun 5. masa balik tadi, dia tampal kertas lukisan yang bertulis di atas ni kat papan putih di studio seni.

aku : oke. nyanyilah. cikgu dengar.

dia pun mula menyanyi. jujur cakap, aku tak pernah dengar lagu tu. tapi liriknya buat aku terharu. lagu tentang cikgu. nasib baik tak banjir kelas aku kerjakan.



hadiah perpisahan terbaik.

terima kasih, eva kennedy. :)

Monday, April 11, 2011

esok jangan rindu-rinduan


08.04.2011
lokasi : sekolah

hari ini aku mengajar murid murid tahun 5. sebenarnya, walaupun muka aku ni garang, tapi aku ni ada satu tabiat iaitu tak sampai hati nak marah budak budak. geram tu memang la ada. tipu la tak ada, kan? masalah betul. oke fine.. aku tak tahu la sama ada aku ini garang atau tak, cuma tegas sikit tu mungkin ada kot. ehem.

masa aku masuk kelas tahun 5 ni tadi, sebelum memulakan pengajaran, aku menyoal murid murid siapa yang tak hantar lagi kerja mereka yang minggu lepas punya, dan juga yang dua minggu lepas punya. setiap seorang aku catat nama mereka. yang mana tak hantar, kosong tiada markah dalam senarai nama kelas mereka. aku suruh mereka mengaku dahulu sebelum aku menyebut nama yang tidak hantar kerja satu persatu. ada 12 orang semuanya. aku pandang mereka satu persatu. ya. pandang dengan pandangan mata helang macam yang aku selalu buat kalau murid murid ni dah start buat bising gaya makcik makcik bergosip time beli ikan kat pasar. biar mereka tahu aku ini mengambil tahu juga orangnya. bukan cuma lepas tangan jika kerja yang diberi tak dihantar.

aku tidak terus menyembur. tiba tiba, mungkin kerana didorong perasaan bersalah, ada seorang murid ni datang mendekati aku. dia cakap..

cikgu, kerja yang dua minggu lepas saya tak buat lagi. saya mengaku. tapi, saya tak hadir masa kelas cikgu yang dulu tu. saya tak tahu nak buat macam mana kerja seni yang cikgu suruh tu..

oke fine. aku dengarkan saja alasannya. aku cuma angguk tanda faham. kemudian aku suruh dia balik ke tempat duduknya. tidak. aku tak salahkan dia atau buat muka pun. dia sudah jujur pada aku tanpa perlu aku nak marah marah atau tengking pada murid itu. aku tanya murid murid yang lagi 11 orang itu. aku dengar jawapan yang mereka beri. rata rata terlibat dengan aktiviti kokurikulum sewaktu kelas aku berlangsung. sambil berdiri di hadapan kelas, tanpa ada cekak pinggang atau jerit pekik atau maki hamun, senang sahaja aku katakan pada mereka..

tak apalah kalau awak terlibat dengan aktiviti kokurikulum. bagus. itu satu bonus bagi awak. tak semua orang ada kelebihan macam awak. siapa yang tak tahu buat kerja yang cikgu bagi, tak apa. awak semua boleh datang jumpa cikgu masa awak free. walaupun setengah jam, walaupun 15 minit, walaupun 10 minit, datanglah. cikgu ada, tunggu awak. yang penting cikgu nak awak buat kerja cikgu. oke? orang yang cemerlang tu ialah orang yang boleh bahagikan masanya dengan adil..

awak semua faham tak cakap cikgu ni?
boleh janji dengan cikgu tak ni?

semua murid angguk. diorang bertafakur sekejap. agaknya berfikir apa yang aku cakap. entah. yang tak terlibat pun ikut diam sama. tak apalah. aku sedar aku hanya mengajar selama empat minggu di sekolah ini. cuma seorang guru praktikum. tapi tak salah sebagai pendidik, aku mengingatkan mereka. dalam hati aku berfikir, mungkin hari ini mereka hanya mendengar sahaja tanpa perasaan, tanpa fikiran. esok lusa mesti mereka akan faham juga. selagi belum sampai tahap memaksa, jangan lagi dipaksa murid murid ini. nama pun pendidik. sabar la sikit. kalau mereka lupa, ingatkan lagi. dan lagi. dan lagi. mendidik bukan setakat ilmu, mendidik itu juga termasuklah sahsiah dan emosi murid.

dulu kita pun pernah kecil juga, kan?..
pernah tak siap kerja juga, kan?..

tak salah jadi garang. tapi jangan sampai murid murid jadi benci untuk menghadap muka kita. sampai tahap murid boleh doakan "mintak mintak la cikgu tu demam hari ni.. tak payah datang sekolah lagi bagus".. ish.. ada murid yang macam tu.. siapa kata tak ada? hmm..


murid-murid itu umpama coklat.
fikirlah sendiri apa maksudnya.
ehem.

habis sahaja kelas, semua murid berebut nak salam. eh, bukan aku garang sekejap ke tadi?

Thursday, April 7, 2011

dah. jangan nangis lagi, ya..


04.04.2011
lokasi : sekolah

hari ni aku ada class relief. tahun 3. sebenarnya dah banyak kali aku relief kat kelas ni. entah ya. mungkin cuma satu kebetulan aku dapat kelas yang sama sebanyak 4 kali berturut turut. sampaikan murid murid kelas tu ingat aku ni gantikan cikgu diorang pulak. haha. kesian..

aku selalu ajar murid murid ni seni tiap tiap kali masuk relief. sampai la tarikh 4 april ni, kering dah idea dalam kepala ni nak ajar apa kat budak budak ni. last last aku cakap la..

suka hati awak la nak lukis apa, tapi cikgu nak semua mesti hantar kat cikgu, ya..


setiap kali aku masuk, kalau bising, aku mesti cakap :

aku : kalau awak semua bising, cikgu bagi kerja la. awak nak ke?
murid murid : NAAAKKK!! *muka ceria*


oke fine. korang nak sangat kerja, kan. budak budak pun ambik la kertas lukisan sorang satu daripada aku. maka ramai la yang tunjuk bakat. budak budak kelas ni memang suka seni. sorang sorang datang tunjuk hasil kerja diorang. memang ramai yang princess style la. sampai la ada sorang budak ni, datang kat aku. tunjuk hasil kerja dia. lukisan seorang budak perempuan tengah senyum.

aku : cantik lukisan awak. siapa ni?
dia : saya, cikgu.
aku : kenapa tak colour?
dia : saya taknak colour, cikgu. saya nak hantar macam ni je.
aku : colour la. kalau colour lagi cantik. hmm?

dia angguk. balik tempat duduk. capai pensel warna.

5 minit kemudian dia datang kepada aku. dia tunjukkan aku ini..


astaghfirullahal'azim..

aku terkedu melihat lukisan ni depan mata aku. ya. inilah hasil karya dia. aku tarik tangan si kecil perlahan. rapat kepadaku. aku usap kepalanya.

aku : boleh cikgu tanya, kenapa awak warna macam ni?
dia : (senyum) saja je, cikgu.
aku : tadi lukisan ni senyum. lepas warna, kenapa jadi macam ni?
dia : entah. saja je cikgu (senyum lagi).

tenang sahaja mukanya. selamba gila. aku tahu dia sembunyikan sesuatu. aku pegang tangan kirinya. aku pandang matanya.

aku : adik beradik berapa orang?
dia : empat orang, cikgu.
aku : awak yang keberapa?
dia : kedua.
aku : awak selalu kena marah kat rumah ke?
dia : (diam)
aku : cakap je. cikgu tak marah. cikgu nak tau je.
dia : (angguk)

lepas tu aku tanya lagi macam macam perkara. the rest, biarlah rahsia. dia menangis sungguh sungguh depan aku. air mata dia laju macam sungai. dah tak mampu nak kawal. aku rasa, mungkin dah lama dia pendam. dia sangat perahsia. luarannya ceria, sehinggakan orang tak pernah nampak apa yang ada dalam hati dia. tak ada orang pernah tanya dia agaknya. aku sapu air matanya. aku peluk dia.

dah. jangan nangis lagi, ya.. cikgu ada lagi sampai minggu depan. kalau awak nak cerita apa apa, datang la ke studio seni. cikgu ada kat situ..

dan tengah hari yang sama, dia datang ke studio seni. dengan kawan kawan sekelasnya. dia pandang aku dari jauh, dengan pandangan seolah olah macam nak bercerita tentang banyak lagi perkara yang masih banyak lagi terpendam dalam hati dia. tapi, tak. dia tak bercerita lagi selepas itu.

aku doakan dia selalu bahagia dan tabah.
kadang kadang aku terfikir.
9 tahun. masih mentah. tapi terpaksa menjadi tabah dan matang sebelum usia?
korang rasa?

oke. sekian sahaja entri untuk kali ini. lain kali cerita lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...